Thursday, January 12, 2012

Qaseh Darwena

3 comments:

  1. Pada ketika anda berhenti membuat kesilapan, anda sebenarnya telah berhenti belajar. Kadang-kadang kita harus belajar dari kesilapan orang lain. Kita tidak berpeluang untuk hidup lama bagi melakukan semua kesilapan tersebut. Kegagalan hanyalah suatu peluang untuk anda mencuba lagi. Semua manusia gagal. Hanya yang hebat mampu bangun kembali.

    ReplyDelete
  2. Penulisan ini sebenarnya adalah tugasan dari halaqahku, sementelahan diri ini telah berumahtangga, diminta untuk menulis tentang keluarga impian. Alhamdulillah tugasan yang membawa diri ini memuhasabah diri, keluarga bagaimanakah yang ingin ku bentuk di dunia yang sementara ini... Arah mana dan jalan apakah yang ingin ditempuh menuju Ilahi..? Perkongsian ini hanya dari ilmu jua pengalaman diriku yang dangkal, moga ada sedikit manfaaat pada mereka yang sentiasa ingin menggapai redha dan syurga tuhan.


    * * * *

    Setiap insan pastinya menginginkan kebahagiaan dan kejayaan melingkari kehidupan bekeluarga yang dibina. Tafsiran keluarga bahagia itu pula berbeza-beza bagi setiap orang, namun insyaALLAH jiwa-jiwa yang mendamba keredhaan tuhan menilai erti keluarga bahagia berpandukan wahyu ALLAH dan petunjuk Rasul SAW.

    Keluarga impian adalah keluarga bahagia yang menjalani kehidupan dunia dengan keimanan dan amal soleh. Keluarga impian adalah keluarga yang menjalani kehidupan penuh kasih sayang dalam redha ALLAH. Mereka sangat mengimpikan untuk menjadi keluarga bukan sahaja di dunia yang sementara ini, namun ingin berkumpul bersama seluruh ahli keluarga di syurga yang kekal abadi.

    Di dunia, ahli keluarga merasa tenang tenteram bernaung di bawah keluarga yang berusaha melaksanakan ajaran Al Quran dan As Sunnah. Mereka adalah keluarga yang membudayakan ilmu, dan dengan ilmu yang dimiliki, mereka berusaha menerapkan akhlak dan sistem islami dalam segenap ruang kehidupan. Bukan sekadar ahli keluarga, masyarakat yang diluar juga akan memperoleh manfaat dari keluarga cemerlang seperti ini yang menjadi contoh teladan dalam beramal. Unit-unit keluarga yang cemerlang akhirnya akan membina masyarakat dan peradaban ummah yang kehadapan dalam banyak aspek.

    Namun, untuk meraih keluarga bahagia yang diimpikan seperti itu adalah satu perjalanan panjang yang sukar. Bertahun-tahun sebelum mendirikan rumahtangga, seseorang individu harus mempersiapkan diri dengan ilmu, akhlak dan kematangan untuk dirinya melangkah ke alam yang lebih mencabar bernama pernikahan. Jika dirinya ingin membina rumahtangga yang penuh keberkatan dan rahmat ALLAH, dia harus bermula dengan diri sendiri menjadi hamba yang benar-benar faham akan erti pengabdian yang tulus kepada ALLAH. Dia harus memahami tujuan dan hakikat kehidupan di bumi ini.

    ReplyDelete
  3. Price : RM 160
    Type:Guest House and Homestay

    BERHADAPAN DENGAN BUKIT GAMBANG RESORT CITY / WATER PARK

    TAMAN GAMBANG DAMAI,

    CHECK IN : 2:00 PETANG
    CHECK OUT : 12:00 TENGAHARI

    KEMUDAHAN/KELENGKAPAN:
    -3 BILIK TIDUR(SET LENGKAP QUEEN, BILIK UTAMA BERHAWA DINGIN/AIR COND)
    - Katil bersaiz Queen (bilik 1 & 3)
    - Katil bersaiz single ( bilik 2 )
    -2 BILIK AIR(SABUN MANDI & Towel DISEDIAKAN)
    -SET SETERIKA
    -RUANG TAMU(LENGKAP SOFA 3+2+1 DAN TELEVISION & ASTRO)
    -DAPUR(LENGKAP DENGAN PERKAKAS/PERALATAN DAPUR DAN PETI AIS)
    -KIPAS DAN KAIN SEJADAH DI SETIAP BILIK

    JARAK LOKASI DARI RUMAH TAMU QASEH :(KM)
    0.5 - BUKIT GAMBANG WATER PARK / RESORT CITY
    3.5 - SIMPANG GUGUSAN FELDA HILIR
    4.0 - KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR/
    KOLEJ MATRIKULASI PAHANG/UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG
    6.5 - BANDAR GAMBANG
    9.0 - SIMPANG SEGAMAT/MUADZAM SHAH/
    KERATONG/EXIT TOL GAMBANG
    9.5 - TASIK MEMANCING GAMBANNG
    10.0- AGRO SEMUJI(PLKN)
    16.5 - PUSAT SERENTI
    19.5 - SIMPANG GUGUSAN FELDA PANCHING/
    SUNGAI LEMBING
    21.0 - SIMPANG LAPANGAN TERBANG/PELABUHAN
    KUANTAN/KOLEJ SHAHPUTRA/UIAM/KOLEJ
    KOMUNITI KUANTAN/WISMA BELIA/DEWAN
    SUKPA/BANDAR INDERA MAHKOTA
    24.0 - PANGKALAN TUDM
    27.0 - KIPSAS/SIMPANG PEKAN
    28.5 - SIMPANG PERMATANG BADAK
    34.0 - PUSAT BANDAR KUANTAN

    KADAR HARGA:
    A. ISNIN-KHAMIS: 160
    B. JUMAAT-AHAD : 170
    C. CUTI UMUM : 200
    D. SEWAAN BILIK: 100 (UTK 2 ORG SHJ)
    *harga tertakluk pada perubahan.

    (BAYARAN PENUH SEMASA DAFTAR MASUK + 50 DEPOSIT)

    SESUAI UNTUK SEGALA PERCUTIAN.
    JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI

    Sukri : 019 - 3843742
    Pn Nora : 19 - 9581903

    ReplyDelete